Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Najib beli 4 baju sehari untuk Rosmah? MP buat laporan polis
Diterbitkan:  Apr 4, 2016 2:53 PM
Dikemaskini: 6:59 AM

Seorang ahli parlimen pembangkang membuat laporan polis terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung dakwaan bahawa beliau memindahkan sejumlah AS$14 juta (kira-kira RM55 juta) antara tahun 2011 dan 2014 ke gedung fesyen tempatan Jakel Trading.

Laporan Lim Lip Eng kepada Ibu Pejabat Polis Dang Wangi hari ini adalah berdasarkan butiran perbelanjaan Najib yang diterbitkan oleh akhbar The Wall Street Journal minggu lalu.

Bercakap kepada Malaysiakini , Ahli Parlimen Segambut mendedahkan bahawa beliau telah membuat penelitian berhubung perkara itu.

"Kami telah periksa beberapa pakaian yang bernilai RM10,000 setiap satu di Jakel.

"Jadi, adakah Najib membeli 5,500 pakaian dari Jakel untuk (isterinya, Datin Seri) Rosmah (Mansor) dalam tempoh empat tahun? Satu tahun bersamaan 365 hari, yang seterusnya bermakna 1,375 pakaian. Ini adalah kira-kira empat pakaian sehari.

"Jika laporan WSJ itu benar, ini lebih buruk daripada Imelda Marcos," katanya.

Imelda adalah balu kepada bekas Presiden Filipina Ferdinand Marcos,yang memiliki lebih seribu pasang kasut berjenama yang mahal.

Ahli Parlimen DAP itu juga mempersoalkan dari mana datangnya wang berkenaan memandangkan perdana menteri tidak mampu berbelanja dengan boros hanya dengan gajinya.

Dalam laporan polisnya, Lim menggesa polis menyiasat isu AS$14 juta itu dengan dengan mengambil kira unsur-unsur rasuah, pengelakan cukai dan pengubahan wang haram.

Menurut WSJ , Najib membelanjakan sebanyak AS$15 juta (kira-kira RM58 juta) untuk percutian membeli-belah sakan dan mengumpul barangan kemas.

Perbelanjaan itu dilakukan di gedung-gedung di Amerika Syarikat, Malaysia, Itali dan beberapa tempat lain.

Perdana Menteri berulang kali menafikan menggunakan wang rakyat untuk kepentingan peribadi dan mendakwa kumpulan tertentu berkomplot untuk menggulingkannya.

Sementara itu, kerajaan juga telah menuduh WSJ adalah sebahagian daripada kempen berkenaan untuk menumbangkan perdana menteri.

Sebelum laporan WSJ itu, Australia Broadcasting Corporation ( AB C) menerbitkan surat daripada putera Arab, Saud Abdulaziz Majid yang mengikrarkan AS$375 juta (RM1.5 bilion) kepada Najib.

Kagum dengan tadbir urus perdana menteri berdasarkan prinsip Islam, putera itu berkata Najib boleh melakukan apa sahaja yang beliau mahu dengan pemberian berkenaan.

Januari lalu, Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali telah membersihkan Najib daripada sebarang salah laku berhubung RM2.6 bilion yang berada di akaun peribadi beliaunya yang digambarkan sebagai sumbangan politik dari Timur Tengah dan juga wang RM42 juta daripada SRC International.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS