Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pelbagai negara mula siasat 'Panama Papers'
Diterbitkan:  Apr 5, 2016 11:41 AM
Dikemaskini: 11:22 AM

Pelbagai negara mula menyiasat kemungkinan berlaku salah laku kewangan golongan hartawan dan berkuasa sebelum ini selepas kebocoran dokumen empat dekad daripada syarikat undang-undang Panama yang mempunyai kemahiran membentuk syarikat pesisir pantai.

'Panama Papers' mendedahkan urusan kewangan ahli politik dan individu terkenal termasuk sahabat-sahabat kepada Presiden Rusia Vladimir Putin, anggota keluarga perdana menteri Britain, Iceland dan Pakistan, serta presiden Ukraine.

Walaupun menyimpan wang di syarikat pesisir pantai tidak salah, wartawan yang menerima dokumen bocor itu berkata ia mungkin boleh menjadi bukti pelarian cukai terhadap kekayaan masing-masing, pengubahan wang haram, urus niaga dadah dan jenayah lain, lapor Reuters .

Syarikat itu, Mossack Fonseca, yang dikatakan menubuhkan lebih 240,000 syarikat pesisir pantai untuk pelanggan seluruh dunia, menafikan sebarang salah laku dan mendakwa menjadi mangsa kempen menentang privasi.

Mossack Fonseca dalam kenyataan di laman webnya semalam berkat laporan media “salah tafsir bentuk kerja kami”.

Jabatan Keadilan Amerika Syarikat sedang menentukan sama ada terdapat bukti amalan rasuah dan pelanggaran undang-undang lain negara itu, kata seorang jurucakap.

Salah seorang anak lelaki perdana menteri, Mohd Nazifuddin Mohd Najib antara yang dinamakan dalam kebocoran maklumat itu.

Menurut dokumen yang bocor, beliau menjadi pengarah dalam dua buah syarikat di British Virgin Islands (BVI), iaitu Jay Marriot International and PCJ International Venture Limited.

Bagaimanapun, ini tidak membayangkan salah laku pada pihaknya.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS