Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Najib ancam saman Rafizi kerana ucap tentang Rosmah
Diterbitkan:  Apr 6, 2016 12:00 PM
Dikemaskini: 10:02 AM

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengancam untuk menyaman Naib Presiden PKR Rafizi Ramli jika tidak meminta maaf atas kenyataan beliau semasa perhimpunan anti-GST Sabtu lalu.

Dalam ucapannya, ahli parlimen pembangkang itu merujuk kepada isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor dan gedung pakaian Jakel Trading.

Peguam Najib Mohd Hafarizam Harun berkata beliau telah menerima arahan untuk mengeluarkan surat tuntutan kepada Rafizi.

"Saya akan menggubal satu surat tuntutan untuk Rafizi dalam minggu ini dan menyerahkan kepadanya apabila dia keluar dari reman.

"Surat tuntutan kedua akan disampaikan kepada KiniTV yang menyiarkan video itu," katanya.

Semalam, Rafizi ditahan di bawah Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi (OSA) kerana mendedahkan dokumen sulit yang didakwa menunjukkan kaitan antara 1MDB dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS