Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Zaid harap pemimpin Harapan atau bekas Umno jadi PM
Diterbitkan:  Apr 6, 2016 2:46 PM
Dikemaskini: 6:49 AM

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim berharap bekas pemimpin Umno atau pemimpin muda dari Pakatan Harapan akan menggantikan Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri.

Ini kerana beliau tidak lagi mempunyai keyakinan terhadap 'putera Kelantan’ itu untuk menjadi pemimpin akan datang negara ini.

"Mendengar perbincangannya mengenai isu-isu semasa di TV dan dalam Utusan Malaysia pada minggu lalu mengesahkan bahawa penilaian saya adalah salaht.

“Saya minta maaf jika saya dapat meletakkan harapan palsu kepada ramai orang," kata Zaid dalam tulisan terbaru di blog hari ini.

Walaupun beliau tidak menamakan putera itu, namun adalah jelas ia merujuk kepada pemimpin veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah, yang baru-baru ini mengumumkan sokongan penuh terhadap Najib.

"Harapan saya sekarang bergantung kepada pemimpin muda Pakatan Harapan, serta pemimpin bekas Umno yang lain, kerana saya percaya bahawa di antara mereka kita boleh mencari seseorang yang mempunyai kualiti yang orang Melayu sangat memerlukan sebagai pemimpin mereka."

Zaid berharap bahawa kedua-dua belah itu akan mula mempercayai satu sama lain dan bekerjasama untuk meyakinkan orang Melayu supaya menyokong mereka.

"Saya andaikan, sudah tentu, pemimpin-pemimpin ini tidak akan kembali kepada Umno atau mula bercakap tentang mempunyai darah Umno mengalir di tubuh mereka.

"Saya juga andaikan bahawa Pakatan Harapan bersedia mempertimbangkan calon lain selain daripada Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai pemimpin pembangkang pada pilihan raya akan datang," katanya.

Zaid adalah antara satu penyokong utama gerakan Deklarasi Rakyat bagi Selamatkan Malaysia yang diketuai oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Deklarasi itu bertujuan untuk menggulingkan Najib dan melaksanakan pembaharuan institusi. Ia disokong oleh ahli Umno yang memberontak termasuk Tan Sri Muhyiddin Yassin, pemimpin pembangkang dan masyarakat sivil.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS