Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Laporan: Dr M kini gesa campur tangan asing untuk 'jatuhkan' Najib
Diterbitkan:  Apr 9, 2016 12:00 PM
Dikemaskini: 12:38 PM

Dalam satu perubahan yang ironik, Tun Dr Mahathir Mohamad telah dilaporkan menggesa campur tangan antarabangsa untuk membantu "menjatuhkan" Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Akhbar The Australian hari ini melaporkan bahawa ia adalah perubahan luar biasa bagi Dr Mahathir yang terkenal dengan ketegasannya menolak campur tangan asing dalam politik Malaysia semasa pentadbirannya.

"Biasanya saya tidak suka campur tangan asing dalam hal ehwal Malaysia tetapi saluran untuk kami telah ditutup sepenuhnya (di dalam parti dan melalui undang-undang zalim yang kini digunakan untuk menakut-nakutkan pengkritik)," Dr Mahathir dilaporkan berkata.

Beliau berkata demikian kepada majalah hujung minggu harian Australian The Weekend Australia dalam satu temu bual di pejabatnya di Putrajaya.

Mahathir berkata, beliau mempunyai sedikit harapan yang Najib akan meletak jawatan tanpa tekanan luar.

"Jadi sekarang kita perlu membenarkan campur tangan asing dalam hal ehwal dalam negara kita.

"Jika ia mengikut undang-undang, sah, ya. Jika mereka mempunyai maklumat, mereka perlu memberi maklumat," katanya.

Beliau berkata pihak berkuasa di luar negara tidak patut berhenti menyiasat pengubahan wang walaupun siasatan melibatkan perdana menteri.

Bekas pemimpin veteran Umno itu dan juga bekas presiden parti itu mengkritik sikap tidak kisah kerajaan Australia terhadap skandal yang melanda Malaysia.

"Kerajaan Australia dilihat seperti tidak mahu menyinggung perasaan perdana menteri Malaysia," katanya.

"Media (Australia) telah mendedahkan banyak perkara tetapi yang peliknya kerajaannya begitu diam," tambahnya.

Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS