Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Panel SPRM mahu debat Guan Eng- Rahman Dahlan dibatal
Diterbitkan:  Apr 10, 2016 4:50 PM
Dikemaskini: 8:56 AM

Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (SCC) yang menyelia Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mahu debat yang dirancang antara Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan Menteri Kesejahteraan Bandar Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan dibatalkan.

"SCC bimbang bahawa jika debat ini berterusan, ia akan menjejaskan siasatan SPRM," kata Pengerusinya Tan Sri Abu Zahar Ujang dalam satu kenyataan hari ini.

Zahar, yang juga Yang Dipertua Dewan Negara berkata mereka yang mempunyai maklumat mengenai Taman Manggis atau skandal melibatkan banglo kepunyaan Lim perlu mengemukakan maklumat itu kepada SPRM dan bukan mengadakan debat.

Beliau mengulas rancangan Lim dan Rahman untuk berdebat mengenai skandal Taman Manggis.

RTM dan TV3 kedua-duanya menawarkan untuk menyiarkan debat tersebut secara langsung.

Abdul Rahman dan Lim berperang mulut di media hampir setiap hari sejak berita ketua menteri itu membeli sebuah banglo di bawah harga pasaran.

Debat itu kemudian beralih kepada isu tanah di Taman Manggis.

Perdebatan itu berkisar mengenai dakwaan jualan KLIDC, yang telah membeli tanah kerajaan negeri di Taman Manggis.

Menteri itu mendakwa bahawa syarikat itu telah bertukar tangan, manakala ketua menteri menafikan dakwaan itu sebagai tidak benar.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS