Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
CCTV RM3.5 juta di lokap jadi persoalan selepas serangan seks
Diterbitkan:  Apr 13, 2016 5:49 PM
Dikemaskini: 10:11 AM

Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng mahu penjelasan polis Kuala Lumpur berhubung keberkesanan sistem kamera litar tertutup (CCTV) bernilai jutaan ringgit yang dipasang di lokap Jinjang, berikutan dakwaan kes serangan seksual ke atas tahanannya, baru-baru ini.

Dalam kes itu, seorang anggota polis sedang disiasat atas dakwaan melakukan seks oral dengan kekerasan terhadap seorang budak lelaki berusia 15 tahun pada 10 April lalu.

Anggota itu juga disiasat kerana serangan seksual yang sama terhadap dua lagi remaja lelaki lain yang berusia 14 dan 16 tahun.

Lim berkata pemeriksaan perlu kerana lokap berkenaan telah dilengkapi Teknologi Pelaporan Analisis Pemantauan Sendiri (SMART) pada bulan Februari lalu yang bernilai RM3.5 juta dengan tujuan menghentikan penyeksaan, serangan seksual atau kematian dalam tahanan.

"Polis gagal menyatakan jika CCTV dipasang dan berfungsi semasa kejadian itu berlaku.

"Jadi untuk mengelakkan persepsi salah bahawa sistem SMART sebagai projek yang gagal, atau terdapat usaha untuk menutup kes, saya meminta Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh untuk menganjurkan lawatan minggu ini kepada Ahli Parlimen Wilayah Persekutuan," katanya dalam satu kenyataan media.

Suspek berusia 27 tahun itu kini ditahan reman sehingga 15 April.

Beliau disiasat di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan kerana melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii tanpa kerelaan.

Jika didapati bersalah, suspek boleh dihukum penjara antara lima hingga 20 tahun dan tertakluk kepada sebat juga.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS