Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kenali 2 individu perdaya 1MDB salur AS$3.5b ke Aabar
Diterbitkan:  Apr 14, 2016 6:26 PM
Dikemaskini: 10:51 AM

1MDB dilihat makin bercelaru selepas International Petroleum Investment Co (IPIC) dan Aabar Investment PJS menafikan kaitan mereka dengan firma Aabar yang menerima pembayaran dari 1MDB.

Aabar BVI (British Virgin Islands), telah menerima sekitar RM13.6 bilion atau AS$3.5 bilion daripada 1MDB.

1MDB berkata, pihaknya memindahkan dana itu kepada Aabar BVI selepas dimaklumkan oleh Pengarah Urusan IPIC, Khadem al Qubaisi dan Pengerusi Aabar, Mohamed Al Husseiny bahawa firma BVI adalah anak syarikat IPIC.

Jadi, siapa dua individu ini yang didakwa telah menipu 1MDB?

Khadem Al-Qubaisi

Khadem adalah ahli perniagaan terkenal Emiriah, yang menurut laman web peribadi yang sudah tidak berfungsi, mula bekerja di IPIC sebagai pengurus pelaburan pada tahun 2000 sebelum dilantik menjadi pengarah urusan (MD) tujuh tahun kemudian.

Seorang jutawan, Khadem dikatakan mempunyai kecenderungan terhadap hartanah Amerika Syarikat yang mahal.

New York Post berkata, ia termasuk rumah anjung paling mahal di Manhattan bernilai RM198 juta atau AS$50.9 juta, yang mana beliau tidak berjaya menjualnya.

Sarawak Report , sementara itu, mendakwa di bawah beliau, asas modal IPIC telah menyusut daripada RM272 bilion atau AS$70 bilion kepada kurang daripada RM58 bilion atau AS$15 bilion.

Kerjayanya di IPIC berakhir apabila beliau secara mengejut meninggalkan lembaga pengarah firma itu dan ditukarkan sebagai MD ekoran rombakan yang ditetapkan oleh Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE), Khalifa Zayed pada bulan April 2015.

Khadem kemudiannya meletakkan jawatan sebagai pengerusi hartanah Aabar dan anak syarikat IPIC yang lain seperti Cepsa dan Nova Chemicals.

Mohamed al-Husseiny

Dikatakan orang kanan Khadem, Mohamed lebih berprofil rendah, menarik perhatian yang kurang berbanding bossnya.

Beliau dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Aabar Investment PJS pada 2010, dan memegang jawatan itu sehingga Ogos tahun lalu apabila meletakkan jawatan untuk mengetuai firma ekuiti swasta, Trustbridge.

Beliau juga adalah pengarah Falcon Private Bank, dan merupakan ahli lembaga dari 2009 kepada 2013, dan dilantik semula pada April tahun lepas.

Menurut The Wall Street Journal , Falcon, anak syarikat IPIC, sedang disiasat selepas para penyiasat mengesan pemindahan hampir RM2.7 bilion atau AS$700 juta pada tahun 2013 daripada akaun Falcon Private Bank di Singapura kepada akaun yang didakwa milik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Beliau juga dilaporkan adalah pelabur utama dalam Red Granite, firma Hollywood yang dimiliki oleh anak tiri Najib, Riza Aziz.

Sekurang-kurangnya RM23.6 bilion dari 1MDB

Kedua-dua, Khadem dan Mohamed didakwa menubuhkan Aabar BVI pada bulan Mac 2012, dua bulan sebelum firma itu menerima RM2.2 bilion atau AS$576.94 juta daripada 1MDB sebagai deposit sekuriti.

Sebagai jumlah, firma itu dikatakan menerima sekurang-kurangnya RM23.6 bilion atau AS$3.5 billion.

The Wall Street Journal mendakwa lebih RM600 juta atau AS$155 million daripada dana-dana ini membiayai filem Hollywood terbitan Red Granite, The Wolf of Wall Street .

Aabar BVI telah dibubarkan pada bulan Jun tahun lalu, atas desakan ke atas Najib dan 1MDB yang semakin membahang.

Sejak itu, UAE membekukan akaun kedua-dua individu berkenaan, dan mengeluarkan larangan keluar negara di tengah-tengah dakwaan siasatan atas urusniaga perniagaan mereka.

Menurut Sarawak Report , Mohamed telah ditahan oleh pihak berkuasa Abu Dhabi pada bulan Mac, dan akan dihantar ke Amerika Syarikat untuk membantu penyiasatan AS ke atas 1MDB.

Lihat Komen
ADS