Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Azalina: Jangan lagi terpedaya tuduhan anti-Najib

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berharap rakyat semakin jelas berhubung isu 1MDB tidak lagi terpedaya dengan tuduhan golongan yang mahu menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Katanya kenyataan Menteri Luar Arab Saudi, Adel Al-Jubeir semalam bahawa sumbangan derma kepada Najib memang datang dari negara itu, menunjukkan apa dicanang pembangkang dan kumpulan Deklarasi Rakyat selama ini adalah tidak benar.

Beliau berkata sebelum ini, ramai yang mempertikaikan kenyataan Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali bahawa wang derma itu datang daripada Arab Saudi, bukannya daripada 1MDB.

Namun, katanya, kumpulan Deklarasi Rakyat terus mengelirukan rakyat dengan menuduh perdana menteri terlibat menyeleweng dana 1MDB.

"Terbaru, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) turut membuktikan yang perdana menteri tidak terlibat dalam apa-apa salah laku dalam urusan syarikat 1MDB. Jadi siapa yang berbohong selama ini?" katanya dalam kenyataan media hari ini.

Azalina berkata bulan lalu, Australian Broadcasting Corporation ( ABC ) turut mendedahkan mengenai surat daripada keluarga diraja Arab Saudi dengan menyatakan derma yang diberikan sebagai hadiah atas usaha Najib mempromosikan Islam serta memerangi keganasan dan ekstremisme, termasuk melancarkan Gerakan Kesederhanaan Global.

Pendedahan itu bagaimanapun dilaporkan secara berat sebelah oleh Wall Street Journal ( WSJ ) yang tidak henti-henti menyerang perdana menteri, katanya.

Ketika berckap kepada wartawan Malaysia di Istanbul hari ini, Menteri Luar Arab Saudi itu dipetik sebagai berkata: "Kami sedar tentang derma itu dan ia memang benar-benar sumbangan tanpa mengharapkan apa-apa balasan."

Mohamed Apandi pada 26 Jan lalu, telah membersihkan Najib daripada sebarang salah laku berkaitan siasatan terhadap SRC International Sdn Bhd., dan dana RM2.6 bilion yang dikatakan telah dimasukkan ke dalam akaun peribadi perdana menteri.

- Bernama

Lihat Komen
ADS