Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Woo Nina Grace jadi anak angkat kerajaan Terengganu
Diterbitkan:  Apr 16, 2016 6:00 PM
Dikemaskini: 10:06 AM

Kerajaan negeri Terengganu akan mengambil Woo Nina Grace, 19, yang baru memeluk Islam, sebagai anak angkat bagi membantunya mendalami Islam.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata sebagai saudara baru, sudah pasti remaja tersebut memerlukan sokongan daripada banyak pihak untuk beliau lebih memahami Islam.

"Beliau akan diberikan kemudahan serta bimbingan sewajarnya oleh kerajaan negeri melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (JHEAT)," katanya.

Razif ditanya pemberita berhubung langkah kerajaan membantu Nina, atau nama Islamnya, Nur Nina Farisha memulakan penghiduapn baharu setelah memeluk Islam.

Nina melafazkan kalimah syahadah di hadapan pendakwah antarabangsa Dr Zakir Naik semasa sesi soal jawab pada syarahan Dr Zakir, disaksikan 40,000 hadirin di Padang Astaka, Kemaman, Khamis lalu.

Nina yang berasal dari Johor dan berdarah kacukan Cina dan Filipina itu belajar di Kolej Ranaco, Kemaman.

Pengislaman Nina adalah kes pertama sejak Dr Zakir datang ke Terengganu untuk menyampaikan syarahan umum.

Selain Kemaman, Dr Zakir juga mengadakan syarahan umum di Stadium Tertutup Gong Badak, Universiti Malaysia Terengganu, dan Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu di Besut.

Beliau akan juga menyampaikan syarahan di Kuala Lumpur dan Melaka.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS