Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
SPRM nafi lengahkan siasatan kes banglo Lim
Diterbitkan:  Apr 17, 2016 2:55 PM
Dikemaskini: 7:01 AM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggesa semua pihak tidak mengeluarkan kenyataan mengelirukan berhubung siasatan yang sedang dijalankan terhadap isu pembelian banglo melibatkan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

"Perlu diingatkan bahawa setiap siasatan rasuah mempunyai perbezaan melibatkan pengumpulan bukti, pengesahan dokumen serta mengambil keterangan saksi yang menyebabkan siasatan terbabit turut berbeza-beza," kata SPRM dalam satu kenyataan.

SPRM berkata demikian bagi menjawab dakwaan beberapa pihak bahawa badan itu melengahkan siasatan terhadap kes berkenaan.

Lim didakwa Julai lalu membeli banglo di bawah harga pasaran yang didakwa sebagai pertukaran untuk menjual tanah milik kerajaan negeri di Taman Manggis pada harga murah.

Pengarah Siasatan SPRM Datuk Azam Baki sementara itu dipetik dalam laporan berita hari ini menegaskan badan anti-rasuah itu akan menjalankan siasatan secara telus dan tanpa tekanan mana-mana pihak.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan, Parti Cinta Malaysia dan peguam Abu Backer Sidek Mohamad Zan antara pihak yang dilaporkan menggesa SPRM mempercepatkan siasatan terhadap Lim.

Lim sendiri ketika isu itu mula ditimbulkan menggesa siasatan pantas SPRM terhadap beliau.

Sementara itu SPRM berkata, kes tersebut dan kes rasuah RM100 juta melibatkan seorang pegawai Kementerian Belia dan Sukan tiada kaitan dengan seorang pegawai SPRM yang baru-baru ini didapati bersalah di mahkamah atas tuduhan rasuah.

Dilaporkan minggu lalu seorang pegawai SPRM di Putrajaya, Kenny Chua Boon Meng, dijatuhi hukuman penjara tiga bulan dan denda RM3,000 atau penjara tiga bulan ', kerana menipu seorang pegawai polis sebanyak RM20,000.

Lihat Komen
ADS