Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Spekulasi 'Datuk Seri' Razif ditarik balik, Hisham minta tenang

Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein menggesa semua pihak supaya bertenang berikutan persoalan terhadap kemungkinan hubungan tegang di antara istana dan Menteri Besar Terengganu Ahmad Razif Abdul Rahman.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas spekulasi bahawa Sultan Mizan Zainal Abidin telah membatalkan semua gelaran rasmi yang diberikan kepada Razif.

"Saya minta semua bertenang. Kita belum tau apa perkembangan sebenarnya (Di Terengganu).

"Tetapi selaku mantan Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu, ini bukan satu perkara yang tak pernah kita lalui. Yang penting sekarang adalah untuk pastikan apa dia perkara yang boleh pecah-belahkan kita, kita kurangkan," kata menteri pertahanan itu selepas pelancaran Program Khidmat Negara 2.0 di KLCC Kuala Lumpur.

"Saya minta jangan beremosi, bertenang. Pastikan kelebihan kepada badan perhubungan dan negeri itu lebih dari kepentingan individu," katanya.

Ditanya sama ada BN Terengganu dalam bahaya kerana ia hanya mempunyai majoriti dua kerusi, Hishammuddin menafikannya.

"Kita telah buktikan sebelum ini kalau kita letak kepentingan parti dan negeri lebih besar, dua kerusi bukan suatu yang membimbangkan," katanya.

Termasuk bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said, BN kini mempunyai 17 ADUN, manakala pembangkang memiliki 14 kerusi daripada PAS dan seorang daripada PKR.

Ahmad awal bulan lalu memfailkan undi tidak percaya terhadap Razif, mencetuskan khabar angin mengenai satu lagi pertukaran menteri besar.

Bagaimanapun usul itu ditolak oleh Speaker Terengganu Datuk Mohd Zubir Embong.

Razif mengambil alih jawatan menteri besar daripada Ahmad pada Mei 2014.

[Berita penuh menyusul]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS