Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Guru sasar hadiah periuk nasi tapi menang kereta Axia
Diterbitkan:  Apr 28, 2016 4:00 PM
Dikemaskini: 8:42 AM

Seorang guru menyangka beliau hanya akan menang hadiah periuk nasi, tapi rupa-rupanya beliau memenangi sebuah kereta.

Nor Wadiah Ahmad Hadzir, 40, dari Ipoh disiytihar sebagai pemenang hadiah utama berbentuk kereta Perodua Axia 1.0 Advance pada Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2016 yang diadakan di Tapah.

Beliau menerima replika kunci kereta pada majlis berkenaan hari ini.

Beliau yang merupakan guru Sekolah Menengah Buyong Adil berkata beliau tidak menyangka untuk menang kerana hanya menghantar empat keping borang penyertaan.

"Saya sasar hendak menang periuk nasi, tetapi tak sangka pula boleh dapat hadiah utama. Saya masih berasa sangat terkejut dengan kemenangan ini sampai tidak boleh tidur malam tadi," katanya kepada pemberita.

Nor Wadiah berkata beliau akan menggunakan kereta tersebut untuk kegunaan keluarganya.

"Saya tidak akan menjual kereta ini kerana ia merupakan hadiah yang sangat bermakna bagi saya," kata ibu kepada dua orang anak ini.

MSAM 2016 yang merupakan program tahunan anjuran Permodalan Nasional Berhad (PNB) selama sembilan hari hingga hari ini mencatat kunjungan 181,946 orang sehingga semalam.

- Bernama

Lihat Komen
ADS