Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Bomba S'wak terima banyak panggilan tangkap ular
Diterbitkan:  Apr 29, 2016 7:43 PM
Dikemaskini: 11:46 AM

Sepanjang tempoh empat bulan pertama tahun ini pihak Bomba dan Penyelamat Sarawak 169 panggilan bagi menangkap ular di rumah orang awam di negeri ini.

Timbalan Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Sarawak Farhan Sufyan Borhan berkata jumlah itu tinggi berbanding 184 panggilanu sepanjang tahun lepas.

Katanya sepanjang April sahaja, 70 panggilan diterima di balai Bomba di seluruh Sarawak.

“Kita tidak menolak kemungkinan keadaan cuaca panas tahun ini menyebabkan ular masuk ke rumah orang awam," katanya kepada Bernama hari ini.

Pada 2014, pihaknya menerima 142 panggilan mengenai ular di rumah dan 123 panggilan pada 2013.

Farhan Sufyan menjangkakan jumlah panggilan menangkap ular akan meningkat selepas ini jika cuaca panas berterusan.

Ular adalah haiwan berdarah sejuk yang menjadi aktif dalam keadaan cuaca panas.

- Bernama

Lihat Komen
ADS