Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Selamatkan DAP, Kit Siang hantar SOS kepada pengundi
Diterbitkan:  May 4, 2016 12:40 PM
Dikemaskini: 5:04 AM

Menjelang pengundian pilihan raya negeri Sarawak pada Sabtu ini, parti-parti yang bertanding semakin terasa bahangnya.

Bagi pemimpin supremo DAP, Lim Kit Siang beliau mengakui hakikat bahawa parti itu mungkin kehilangan sejumlah kerusi yang ditandinginya, apalagi untuk menafikan BN majoriti dua pertiga pada pilihan raya kali ini.

Justeru, Lim merayu kepada pengundi untuk menyelamatkan DAP demi menyelamatkan negeri mereka.

Beliau memberi amaran bahawa Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem dan BN negeri seedang mengusahakan sedaya upaya untuk mengurangkan kerusi DAP kepada kehadiran "nyamuk" atau lebih kurang enam kerusi sahaja.

Pada pilihan raya negeri yang lalu, DAP bertanding di 15 kerusi dan menang 12. Kali ini, mereka memburu 31 kerusi, yang bagi pemerhati politik sebagai satu usaha yang berisiko tinggi.

Menyedari kesulitan itu, Lim, bagaimanapun, berkata langkah itu selaras dengan hasrat DAP tidak mahu menjadi parti dominan Cina atau yang terbatas di Semenanjung sahaja.

Beliau berkata DAP sering terpaksa menangkis dakwaan menjadi terlalu kecinaan dan tuduhan mahu melemahkan kedudukan orang Melayu. Menurutnya, parti itu komited untuk menjadi sebuah parti politik Malaysia yang berfungsi untuk semua kaum, agama dan wilayah.

Kawasan Dayak

"Ada penganalisis yang percaya DAP menggunakan strategi salah dengan bertanding di lebih banyak kerusi kerana kita sepatutnya mempertahankan 12 kerusi yang kita menang lima tahun lalu dan bukan cuba menggunakan sumber terhad berkempen di kawasan Dayak di seluruh negeri ini.

"DAP Sarawak telah menerima pakai strategi yang sangat berisiko tinggi ini... Walau bagaimanapun, keputusan itu adalah betul kerana DAP adalah sebuah parti politik berprinsip yang mahu mewakili semua rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum, agama atau kawasan," katanya dalam satu kenyataan media.

"Sebab itu DAP Sarawak menggunakan strategi yang mempunyai dua matlamat - mempertahankan 12 kerusi yang dimenangi sebelum ini dan kedua untuk membuat kejutan di kawasan luar bandar untuk menunjukkan bahawa perubahan politik dan pembangunan bermakna yang didukung oleh DAP mendapat sokongan bukan sahaja masyarakat Cina di Sarawak, tetapi juga kaum Dayak dan Melayu.

"Dan bahawa sesungguhnya, bukan sahaja di kawasan bandar di Kuching, Sibu, Sarikei, Bintangor, Bintulu dan Miri tetapi bahawa mesej DAP untuk perubahan dan pembaharuan tetapi juga di kawasan luar bandar," katanya.

Kejayaan hebat

Dalam perkembangan yang sama, pemimpin veteran DAP ini juga meramalkan bahawa pembangkang tidak akan dapat menafikan Adenan majoriti dua pertiga di Dewan Undangan negeri yang mempunyai 82 kerusi itu.

"Saya tidak fikir ini mungkin tercapai kerana saya tidak melihat tanda-tanda bahawa pembangkang secara kolektif dapat memenangi 28 kerusi dewan undangan negeri.

"Saya harap lebih daripada 20 ADUN pembangkang boleh terpilih pada 7 Mei ini yang bagi saya adalah satu kejayaan hebat berbanding banyak tindakan tidak adil oleh BN Sarawak dalam kempen pilihan raya ini," katanya.

Pada sisi lain, pmimpin BN, mengecam rayuan Lim itu dan ramalan suram itu sebagai helah politik, dan mengingatkan pengundi supaya tidak terpedaya dengan muslihat berkenaan.

Lihat Komen
ADS