Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Parkir bertingkat bakal dibina di pasar niaga Satok
Diterbitkan:  May 6, 2016 6:00 AM
Dikemaskini: 10:09 PM

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi malam tadi mengumumkan peruntukan sebanyak RM5 juta untuk membina parkir bertingkat bagi kemudahan pengunjung di kawasan Pasar Niaga Satok.

Beliau berkata pada tahun ini, RM2.5 juta daripada peruntukan itu akan digunakan, manakala selebihnya untuk tahun depan berikutan keperluan orang ramai terhadap kemudahan parkir.

"Saya bersyukur jalinan kerjasama antara kerajaan pusat dan negeri boleh mewujudkan tempat usahawan berasaskan pertanian untuk berniaga. Bukan sahaja barangan pertanian, tetapi juga barangan lain," katanya ketika berucap di majlis Perhimpunan Usahawan Tani Bimbingan FAMA di Kuching.

Ahmad Zahid berkata Pasar Niaga Satok adalah platform untuk mengumpulkan usahawan tani dari seluruh Sarawak, dan ini seharusnya dimanfaatkan masyarakat sekitar, selain menjadi tarikan pelancong dalam dan luar negara.

Turut hadir, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, timbalannya Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, Menteri Perumahan dan Menteri Pelancongan Sarawak Datuk Amar Abang Johari Tun Openg serta Pengerusi FAMA Tan Sri Badruddin Amiruldin.

- Bernama

Lihat Komen
ADS