Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Indeks kapitalisme kroni 2016: Malaysia di tempat ke-2
Diterbitkan:  May 6, 2016 6:12 PM
Dikemaskini: 10:39 AM

Kendalian kedua dalam indeks kapitalisme kroni yang dijalankan oleh The Economist meletakkan Malaysia di tempat kedua, selepas Rusia yang berjaya merangkul tempat pertama dalam indeks tersebut.

Malaysia berada di tempat ketiga semasa indeks berkenaan diperkenalkan buat kali pertama pada 2014 yang bertujuan untuk menguji sekiranya dunia mengalami penyelarasan semula global abad ke-19 ekoran ‘robber barons’ oleh Amerika.

Ini, seperti yang dinyatakan oleh majalah global popular mingguan itu, bertentangan dengan latar belakang penyiasatan salah guna global ke atas 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dipertanggung jawab ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Namun, The Economist berkata, walaupun pendedahan siasatan global dalam kapitalisme kroni itu, Malaysia terus mendapat markah yang teruk dalam indeks berkenaan kerana kronisme menjurus kepada ketidak stabilan politik.

Staristik menarik lain ialah jika seseorang ingin melihat carta untuk pendapatan kroni dan pendapatan bukan kroni dalam negara-negara yang disenaraikan, selalunya wujud jurang yang besar dan terkesan antara keduanya.

Bagaimanapun, statistik Malaysia menunjukkan semua kekayaan negara adalah kekayaan kroni, dengan hanya perbezaan kecil antara keduanya.

Dalam mana-mana kes, indeks menunjukkan markah Rusia yang paling teruk, "mencerminkan rasuah dan kebergantungan terhadap sumber asli. Kedua-dua kekayaan kroni dan keluaran dalam negara kasar (KDNK) menjunam dalam terma dolar dalam masa dua tahun yang lalu, menggambarkan kejatuhan Rouble. Nisbah mereka tidak banyak berubah semenjak 2014.

Lihat Komen
ADS