Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Dr M belum dapat mengadap Agong, dakwa 'tahanan rumah'

Dr Mahathir Mohamad mendedahkan beliau masih gagal mendapat perkenan mengadap Yang di-Pertuan Agong untuk menyerahkan lebih sejuta tandatangan yang menuntut pengunduran perdana menteri.

“Ini pun kita dah dapat 1.4 juta (tandatangan). Kita akan cuba kemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong.

“Tetapi seperti saya kata tadi, setakat ini saya tak dapat bertemu dengan DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong kerana kemungkinan baginda juga berada dalam keadaan house arrest (tahanan rumah) ,” katanya ketika sesi jawab dalam sebuah dialog.

Mahathir berkata demikian dalam sebuah acara di Subang Jaya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas sekatan terbaru kerajaan terhadap pengkritiknya daripada ke luar negara.

Mahathir juga menyindir jika ingin ke luar negara selepas ini, beliau akan memuji Najib “lebih tinggi daripada langit, malah sehingga ke planet Marikh”.

Pengerusi BERSIH Maria Chin Abdullah sebelum ini disekat daripada luar negara.

Lihat Komen
ADS