Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

PAS Selangor hari ini menyangkal spekulasi berhubung dakwaan 'kata dua' dari Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali supaya tiga exco kerajaan negeri daripada parti itu meletak jawatan jika PAS bertegas mahu calonnya bertanding dalam pilihan raya (PRK) Sungai Besar.

Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Iskandar Abdul Samad berkata kandungan pertemuan mereka dengan Azmin pada hari Rabu adalah "tidak penting".

"Yang penting adalah pengumuman beliau (Azmin) bahawa PAS kekal bersama pentadbiran kerajaan negeri," kata Iskandar memetik penafian Azmin berhubung perkara itu.

Beliau juga berkata PAS Selangor menyerahkan isu itu kepada pemimpin tertinggi parti itu untuk diselesaikan dengan baik.

The Star pada hari Khamis memetik sumber berkata Azmin telah memberi kata dua kepada tiga exco negeri daripada PAS untuk meletak jawatan pada hari Isnin.

Azmin pada hari yang sama menafikan laporan itu.

The Star juga melaporkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengarahkan tiga anggota exco berkenaan supaya kekal dalam jawatan mereka, dikatakan dibuat semasa mesyuarat tergempar diadakan di kediamannya di Terengganu pada malam Rabu.

Iskandar, bagaimanapun, enggan mengesahkan apa yang berlaku dalam mesyuarat dengan Hadi atau sama ada ia sebenarnya diadakan.

Saya tidak pernah membuat apa-apa kenyataan... Itu (mesyuarat itu), anda kena tanya The Star," katanya.

Selain Iskandar, dua lagi exco PAS dalam kerajaan Selangor ialah ADUN Taman Templer, Zaidy Abdul Talib dan ADUN Sijangkang, Ahmad Yunus Hairi.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS