Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Dr M ikrar puji 'pemimpin besar' Najib setinggi langit
Diterbitkan:  May 23, 2016 6:38 PM
Dikemaskini: 11:06 AM

Tun Dr Mahathir Mohamad, yang terkenal dengan sindiran sinisnya berikrar untuk memuji Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak apabila beliau berada di luar negara.

"Saya akan menjadi contoh dengan memuji Najib dan RM2.6 bilion dalam akaunnya setinggi langit apabila di luar negara.

"Sebarang ucapan saya di luar negara dan ketika menjawap soalan dalam mana-mana temu bual dengan media asing akan mengketengahkan penangkapan demokratiknya dan penahanan rakyat...

"Saya tidak akan berhenti daripada bercakap tentang sumbangan besar Najib kepada Islam sehingga orang Arab memberinya AS$681 juta.

"Juga tentang kebebasan bersuara perwakilan Umno suapaya tidak bercakap mengenai 1MDB dan RM2.6 bilion dalam akaun pemimpin besar mereka," kata bekas perdana menteri itu dalam blognya.

Mahathir berkata demikian sebagai mengulas pendirian Putrajaya bahawa pasport adalah satu keistimewaan dan mereka yang membidas kerajaan boleh dihalang daripada ke luar negara.

Ini adalah sebagai respons ke atas Pengerusi BERSIH, Maria Chin Abdullah yang dihalang ke Korea Selatan untuk menerima anugerah.

Meneruskan bidasanya, Dr Mahathir berkata perlembagaan Malaysia, selain menyatakan bahawa pasport adalah satu keistimewaan, juga menetapkan bahawa dokumen perjalanan itu sekarang  akan dirampas jika seseorang itu gagal untuk memuji perdana menteri.

"Apabila saya di luar negara saya akan mempertahankan Najib dan kerajaan demokratik beliau. Saya memberi kata-kata bahawa saya akan berbuat demikian.

"Tiga sorakan untuk 1MDB dan wang di dalam poket Perdana Menteri," katanya.

Mahathir berkata, negara ini akan bertukar menjadi penjara besar bagi mereka yang menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap Perdana Menteri kepada media asing apabila berada di luar negara.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS