Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Jamil Khir tafsir perlembagaan ikut agenda Islam - Pemuda MIC
Diterbitkan:  May 24, 2016 1:00 PM
Dikemaskini: 5:05 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom telah menafsirkan perlembagaan Persekutuan mengikut agenda Islam dalam hal penukaran unilateral, kata Ketua Ketua Pemuda MIC, C Sivaraajh.

"Beliau secara unilateral membuat tafsiran perlembagaan sebagai memenuhi kehendaknya dan keperluan Islam. Memang ada sesetengah orang Islam yang mahu mengubah beberapa artikel dalam perlembagaan untuk menjadikannya lebih Islamik.

"Sebaik-baiknya, mereka mahu mengubah semula perlembagaan dalam imej syariah bagi memberi keunggulan kepada Islam. Ini bukannya tujuan kerangra perlembagaan ketika ia mula-mula dibuat," jelasnya dalam kenyataan.

Semalam, Jamil Khir berkata, walaupun kerajaan sedang dalam proses merangka undang-undang untuk mengharamkan penukaran unilateral bawah umur, mana-mana undang-undang untuk mengharamkan penukaran unilateral adalah tidak berperlembagaan.

"Dalam konteks sistem undang-undang dan badan kehakiman di Malaysia, mahkamah, sama ada sivil atau Syariah, berpegang kepada prinsip keadilan dalam memastikan bahawa pihak-pihak dalam isu unilateral terbela dan terjaga.

"Bagi maksud tersebut, undang-undang untuk mengharamkan penukaran unilateral adalah bertentangan dengan Fasal 4, Perkara 12 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan agama anak yang berumur di bawah 18 tahun boleh ditentukan oleh ibu atau bapa masing-masing," katanya dalam jawapan bertulis parlimen.

Jamil Khir merujuk keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes penukaran agama R Subashini.

Beliau mengulas soalan M Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat) yang meminta kerjaaan menyatakan bila undang-undang untuk mengharamkan penukatan unilateral akan digubal.

Kabinet telah menubuhkan satu jawatankuasa khas lima anggota sebagai usaha terbaru untuk menangani pertikaian penukaran agama dan hak penjagaan anak.

Mengulas lanjut, Sivaarajh berkata, satu cara sahaja untuk menyelesaikan pertikaian berhubung agama anak-anak ialah mengekalkan agama kanak-kanak itu sehingga beliau mencecah umur 18 tahun, kecuali kedua-dua ibu bapa bersetuju untuk kanak-kanak itu menukar agamanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS