Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Pampasan bagi mangsa jika DBKL kawal hujan, angin'
Diterbitkan:  May 24, 2016 7:23 PM
Dikemaskini: 12:05 PM

Banjir kilat yang melanda Kuala Lumpur pada 12 Mei, dilaporkan antara yang paling teruk sepanjang tiga dekad lalu dan telah merosakkan banyak kenderaan.

Walau bagaimanapun, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Loga Bala Mohan berkata Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak akan bertanggungjawab ke atas apa yang berlaku.

"Kita tidak boleh menghukum sesiapa kerana tindakan tuhan.

"Jika kita boleh kawal hujan dan angin, maka kita boleh pertimbangkan (membayar pampasan kepada pemilik kenderaan)," katanya di kamar khas Dewan Rakyat berhubung usul tergempar yang dibawa oleh Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai).

Nurul dan Lim Lip Eng (DAP-Segambut) meminta kerajaan untuk membayar pampasan kepada pemilik yang kenderaan mereka rosak dalam banjir itu.

Walau bagaimanapun, Loga berkata pengguna jalan raya yang terjejas boleh membuat tuntutan di mahkamah.

"Mereka boleh cuba (membawa perkara itu ke mahkamah). Jika kita diminta (oleh mahkamah) untuk membayar, maka kita akan membayar (pampasan), "katanya.

DBKL mempunyai insurans untuk membayar pampasan terhadap tindakan yang disebabkan oleh kecuaian, katanya.

"Tetapi, saya berharap ahli parlimen memahami perbezaan antara tindakan tuhan dan kecuaian," katanya.

Loga mendakwa banjir kilat di Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Tuanku Abdul Halim adalah disebabkan oleh jumlah hujan yang luar biasa.

"Kedua-dua kawasan telah mencatatkan 106.5mm (sejam) hujan selama dua jam, manakala sistem perparitan hanya dibina untuk menghadapi 70mm hujan," katanya.

Beliau berkata banjir yang melanda Jalan Pantai Bharu dan kawasan berhampiran Universiti Malaya disebabkan oleh limpahan air dari Sungai Pantai, anak sungai Sungai Batu, dan kolam rekreasi berhampiran universiti itu.

Kolam itu tidak diselenggarakan dengan baik, dakwa Loga.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS