Paling Popular
Terkini

Tun Dr Mahathir Mohamad menyerang balas anggota panel penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim kerana membuat laporan polis terhadapnya.

“Saya kena pergi mahkamah sekarang kerana Tunku Aziz ini bekas pengerusi Transparency International.

“Beliau sangat 'transparent' (telus). Beliau nampak macam katak, lompat sana, lompat sini,” sindirnya.

Mahathir (gambar) dipercayai merujuk kepada langkah Tunku Aziz yang menyertai DAP sebelum ini tetapi kemudiannya keluar parti.

Tunku Abdul Aziz semalam membuat laporan susulan kenyataan Mahathir bahawa Yang di-Pertuan Agong kini mungkin dikenakan tahanan rumah.

Mahathir membuat kenyataan itu setelah gagal mendapat perkenan mengadap baginda untuk menyerahkan Deklarasi Rakyat menuntut peletakan perdana menteri yang kini ditandatangani lebih sejuta rakyat Malaysia.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS