Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
PRN Sarawak lancar walau ada ahli politik disekat - Zahid
Diterbitkan:  May 25, 2016 12:48 PM
Dikemaskini: 4:52 AM

Walaupun terdapat sekatan terhadap ahli politik daripada memasuki Sarawak, proses demokrasi pada pilihan raya negeri itu berjalan lancar, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

"Larangan kemasukan pemimpin tertentu ke Sarawak adalah kuasa mutlak kerajaan negeri Sarawak selaras dengan Seksyen 65, Akta Imigresen 1959/63.

"Semua pihak harus menghormati keputusan yang telah dibuat oleh kerajaan negeri Sarawak dan hakikatnya proses demokrasi masih berjalan lancar semasa Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11," katanya.

Zahid menjawab soalan Ngeh Koo Ham (DAP-Beruas) yang bertanya sekiranya Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem telah melanggar Seksyen 67 Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) apabila melarang pemimpin parti politik yang diiktiraf oleh kerajaan daripada memasuki Sarawak.

"Adakah beliau akan didakwa di mahkamah atas kesalahan tersbeut?" soal Ngeh.

Zahid sebelum ini berkata seramai 43 individu dilarang masuki Sarawak sepanjang pilihan raya negeri itu.

[Berita penuh menyusul]

Lihat Komen
ADS