Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Bekas pegawai bank BSI Singapura ‘ganggu saksi’
Diterbitkan:  May 25, 2016 1:00 PM
Dikemaskini: 5:10 AM

Pihak pendakwa raya Singapura memohon untuk melanjutkan reman 38 hari ke atas bekas pegawai bank BSI Yeo Jia Wei kerana kebimbangan bahawa beliau ‘mengganggu saksi".

Permohonan reman itu dibuat semalam, selepas Yeo dilemparkan dengan dua pertuduhan tambahan, menjadikan jumlah pertuduhan kepada sembilan, lapor The Edge Singapura.

Yeo didakwa pada tahun 2013 menipu BSI Bank melalui firma Bridgerock Investment Inc, yang dimilikinya.

Menurut akhbar itu, mahkamah akan membuat keputusan mengenai permohonan lanjutan reman pada Khamis ini.

Peguam Cara II Singapura, Kwek Mean Luck memberitahu mahkamah bahawa Yeo tidak boleh diberikan jaminan kerana beliau pada 27 Mac bertemu dengan saksi-saksi yang berpotensi untuk "bekerjasama" dengan jalan cerita yang konsisten dengan Jabatan Ehwal Perniagaan, jika disoal.

Kwek berkata Yeo juga menghubungi bekas pegawai kanan bank BSI Yak Yew Chee melalui sistem pesanan 'Telegram' untuk memberitahunya "mereka sangat tidak berpuas hati dengan anda".

"Mereka", kata Kwek merujuk kepada pelanggan BSI.

Yak mengendalikan akaun 1MDB di BSI Singapura dan pada Februari lalu memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi Singapura untuk menyah-beku dana untuk membayar yuran guaman dan cukai.

Kwek juga memohon prosiding berasingan untuk pertuduhan yang berkaitan mengganggu saksi.

"Ini adalah satu pelanggaran yang sangat serius dalam sektor kewangan kita. Sebab mengapa kita mengambil langkah-langkah luar biasa adalah kerana tertuduh juga mengambil langkah-langkah yang luar biasa," katanya.

Peguam veteran Harry Elias, yang mewakili Yeo, berkata permohonan reman 38 hari adalah sesuatu yang tidak boleh diterima dan mencadangkan ikat jamin sebanyak antara S$200,000 hingga S$400,000.

Beliau berkata Yeo tidak mempunyai risiko melarikan diri dan akan berjumpa dengan pihak penyiasat setiap hari.

Elias berkata pihak pembelaan hanya bertemu dengan Yeo selama sejam setakat ini.

"Ini tidak adil kepada sistem, tertuduh, peguam dan mahkamah," katanya.

[Baca berita penuh]

 

Lihat Komen
ADS