Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kempen Dr Mahathir, bertumbuk-tumbuklah, kata Nazri

Ahli  Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Nazri Aziz mengalu-alukan kehadiran Tun Dr Mahathir Mohamad di Kuala Kangsar untuk berkempen bagi pihak pembangkang sempena pilihan raya kecil di parlimen itu.

"Ini adalah negara yang demokrasi. Mahathir bebas untuk pergi ke mana sahaja, dia tidak terikat di bawah ISA semasa zaman beliau memerintah. Jadi kita mengalu-alukan beliau dan menanti beliau di Kuala Kangsar.

"Bertumbuk-tumbuklah," katanya kepada pemberita di Parlimen hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas soalan berhubung kenyataan Mahathir yang ingin turut berkempen bagi pihak pembangkang pada pilihan raya kecil di Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Ditanya sama ada kehadiran Mahathir akan menjejaskan undi Umno, Nazri yang juga ahli parlimen Padang Rengas berkata, pengundi di kawasan berkenaan tidak menyukai bekas perdana menteri itu dan akan memberikan undi pada BN.

"Jika dia datang ke Kuala Kangsar saya gembira. Tetapi saya tak rasa beliau akan menarik pengundi sebab orang ramai tidak menyukai kehadirannya dan akan mengundi kami," katanya.

[Berita penuh menyusul]

Lihat Komen
ADS