Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Bank abai amaran ke atas akaun berkaitan 1MDB
Diterbitkan:  May 25, 2016 2:16 PM
Dikemaskini: 6:19 AM

Penasihat pelanggan yang bertanggungjawab terhadap akaun dikaitkan dengan 1MDB di Bank BSI mengabaikan segala keraguan di sebalik pemindahan ratusan juta dolar Amerika tanpa alasan yang munasabah, kata Pihak Berkuasa Penyeliaan Pasaran Kewangan Switzerland (Finma).

Pengurusan Bank BSI juga mengabaikan amaran berkenaan ketika penasihat pelanggan itu  meningkat menjadi antara pegawai bank yang tertinggi dibayar di institusi tersebut.

"Bank itu melaksanakan urus niaga yang besar untuk dana kekayaan itu, dalam beberapa kes membabitkan ratusan juta dolar Amerika, tanpa menjelaskan latar belakang mereka dengan secukupnya.

"Penasihat pelanggan yang bertanggungjawab dalam hubungan ini berulang kali tidak memberikan kerjasama dari segi pematuhan, terutamanya dalam berurusan dengan penjelasan yang tidak mencukupi untuk urus niaga berkenaan," katanya dalam satu kenyataan.

Finma juga mendedahkan bahawa pihak pengurusan Bank BSI juga dimaklumkan mengenai isu pematuhan ini tetapi daraipada mengambil tindakan terhadap penasihat pelanggan itu, ia berpihak dengan pegawai berkenaan.

"Pengurusan menyedari keadaan tetapi memberikan sokongan kepada penasihat pelanggan dan bukannya jabatan pematuhan.

"Justeru, tidak ada tindakan pembetulan diambil dan bonus, sebagai contoh, tidak terjejas.

"Malah, sebaliknya yang berlaku. Penasihat pelanggan berkenaan adalah antara menerima pendapatan paling lumayan di bank itu," katanya.

Finma menambah bahawa ia juga sebelum ini memberi amaran kepada bank berkenaan mengenai pelanggannya tetapi perkara itu tidak diambil serius.

"Dalam konteks 1MDB, salah laku di pihak BSI amat serius.

"Banyak kali, hubungan perniagaan yang berkaitan dengan 1MDB dibincangkan pada peringkat pengurusan atasan.

"Ini khususnya dalam kes pada akhir 2013 di mana Finma menekankan kepada bank berhubung risiko serius yang wujud dalam hubungan pelanggan dan menekankan bank untuk penjelasan lanjut.

"Bagaimanapun, lembaga pengarah dan lembaga eksekutif bank sengaja dan berulang kali menyatakan hasrat mereka untuk meneruskan hubungan pelanggan ini yang menguntungkan dari segi kewangan tanpa memberi penjelasan secukupnya kepada petunjuk risiko atau mengawal risiko berkenaan," katanya.

[Baca aberita penuh]

Lihat Komen
ADS