Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
'Debat' Rahman Dahlan - Guan Eng meletus di Parlimen
Diterbitkan:  May 25, 2016 4:36 PM
Dikemaskini: 10:36 AM

Pertelingkahan antara Lim Guan Eng (DAP - Bagan) dan Abdul Rahman Dahlan (BN - Kota Belud) terus berlaku menerusi soalan dan jawapan bertulis di parlimen semalam, walaupun debat antara kedua-duanya telah terbatal.

Dalam soalannya, ketua menteri Pulau Pinang itu bertanya kepada menteri kesejahteraan bandar, perumahan dan kerajaan tempatan itu sama ada kerajaan bercadang untuk menaikkan harga siling untuk perumahan mampu milik dari RM42,000 seunit kepada RM65,000 seunit untuk rumah kos rendah, dan dari RM72,500 kepada RM100,000 untuk kediaman kos sederhana rendah.

Lim telah membuat dakwaan sebelum ini, dan itu adalah salah satu soalan yang beliau mahu bertanya dalam debat itu, yang kini dibatalkan.

Beliau sebelum ini mendakwa bahawa kerajaan negeri Pulau Pinang menentang tindakan sedemikian.

Sementara itu, dalam jawapan bertulis yang diedarkan kepada ahli-ahli parlimen hari ini, Abdul Rahman memberitahu kerajaan telah menetapkan harga siling untuk rumah mampu milik pada RM300,000 seunit, menerusi Lembaga Perumahan Kebangsaan.

“Harga ini telah diperbincangkan dan dipersetujui oleh ahli-ahli exco berkenaan perumahan di semua negeri.

“Langkah berkenaan akan membenarkan tafsiran lebih tepat dalam definisi perumahan mampu milik, dan menyenangkan kepada banyak pihak untuk menjalankan pemantauan,” ujar beliau.

Untuk soalan Lim tentang lokasi dan pemaju projek perumahan mampu milik telah dibina di Pulau Pinang antara 2001 hingga 2015, Abdul Rahman menyediakan perangkaan dalam bentuk carta.

Ia menyatakan dua projek telah siap sepenuhnya setakat ini – 316 unit di Taman Manggis dalam kerusi parlimen Tanjung, dan 382 unit di Jalan Thamby, Butterworth, dalam kawasan parlimen Bagan.

Dalam pada itu, dua projek lain yang masih dalam proses pembinaan – 231 unit di Kampung Tok Suboh, Seberang Perai Tengah dalam kawasan parlimen Batu Kawan dan 70 unit di Mak Mandin, Butterworth, dalam kawasan parlimen Bagan.

Ini menjadikan jumlah perumahan mampu milik yang telah siap dan dalam proses pembinaan menjadi 999 unit. Bagaimanapun, menteri itu tidak mendedahkan butiran mengenai pemaju.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS