Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
KM lantik pengkritik, termasuk BN anggotai PTC
Diterbitkan:  May 27, 2016 3:20 PM
Dikemaskini: 7:44 AM

Kerajaan negeri Pulau Pinang hari ini melantik beberapa pemimpin BN dan NGO menanggotai Majlis Pengangkutan Negeri Pulau Pinang (PTC) yang mempunyai 46 keahlian.

Antara tugas pertama mereka adalah untuk mengkaji semula dokumen penting yang berkaitan  kajian Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (TMP).

Ketua Menteri Lim Guan Eng membacakan nama-nama ahli-ahli PTC hari ini. Mereka termasuk ketua pembangkang negeri Datuk Jahara Hamid  (BN-Teluk Ayer Tawar), Datuk Shah Headan Ayoob Hussain Shah (BN-Teluk Bahang) dan Nordin Ahmad (BN-Bayan Lepas) .

Turut terpilih adalah aktivis terkemuka iaitu Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang, SM Mohamed Idris, Ahli Majlis Pulau Pinang Lim Mah Hui dan penulis blog popular merangkap bendahari Aliran Anil Netto.

Lim dan Anil adalah anggota NGO Forum Pulau Pinang dan pengkritik lantang pelan induk pengangkutan di negeri itu.

Difahamkan Idris masih belum menerima tawaran itu dan sedang mempertimbangkan pelantikan tersebut.

PTC juga dianggotai oleh pengkritik sengit Lim, Teh Yee Cheu (DAP-Tanjung Bungah), dan lima ‘pemberontak’ Cheah Kah Peng (PKR-Kebun Bunga), Norlela Ariffin (PKR-Penanti), Lee Khai Loon (PKR- Machang Bubuk), T Jayabalan (PKR-Batu Uban) dan Ong Chin Wen (PKR-Bukit Tengah).

November lalu, Teh menyokong usul Umno supaya semua kerja penambakan laut di Pulau Pinang dimansuhkan tetapi kemudiannya menarik diri.

Manakala lima ADUN PKR berkenaan memilih untuk berkecuali daripada mengundi usul itu. Tindakan itu menimbulkan kemarahan Lim dan hampir mencetuskan krisis DAP-PKR di Pulau Pinang.

Lim berkata mesyuarat pertama majlis itu akan dianjurkan oleh exco kerajaan negeri Chow Kon Yeow (DAP-Padang Kota) tidak lama lagi dengan semua ahli-ahli diberi sijil perlantikan mereka.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS