Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
'Pelan drastik Putrajaya kekang kebebasan Badan Peguam'
Diterbitkan:  May 27, 2016 6:36 PM
Dikemaskini: 10:41 AM

Presiden Majlis Peguam Malaysia Steven Thiru memberi amaran bahawa ancaman terhadap kebebasan Badan Peguam adalah serius berikutan rancangan Putrajaya untuk melakukan perubahan drastik ke atas Akta Profesion Undang-Undang 1976.

Antara perubahan itu, termasuk memberi kuasa kepada menteri yang menjaga hal ehwal perundangan untuk melantik dua orang ahli ke dalam Majlis Peguam yang akan mewakili kerajaan.

Kedua-dua mereka, bagaimanapun, tidak layak bertanding sebarang jawatan utama dalam Majlis Peguam, iaitu sebagai presiden, naib presiden, setiausaha atau bendahari.

Menteri berkenaan, menurut Thiru, juga akan diberi kuasa untuk membuat kaedah dan peraturan berkenaan dengan penjalanan pemilihan untuk Majlis Peguam dan jawatankuasa Badan Peguam.

"Pindaan yang dicadangkan itu nmenimbulkan ancaman serius kepada kebebasan Badan Peguam Malaysia, dan adalah gangguan yang tidak munasabah terhadap peraturan dan pengurusan dalaman Badan Peguam Malaysia.

"Buat masa ini, tiada asas yang meyakinkan atau wajar untuk pindaan yang dicadangkan itu, dan objektifnya tidak jelas.

"Majlis Peguam sangsi dengan cadangan pindaan itu," katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS