Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Polis akan siasat lelaki jual nama untuk Deklarasi Rakyat
Diterbitkan:  May 30, 2016 6:46 PM
Dikemaskini: 10:51 AM

Polis akan memanggil seorang pengaturcara komputer, yang mendakwa telah menjual nama-nama yang digunakan untuk Deklarasi Rakyat yang diterajui bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Kita akan memanggil individu itu dalam dua atau tiga hari untuk membantu siasatan mengenai dakwaan beliau dan mendapatkan maklumat terperinci mengenainya tidak lama lagi," kata Timbalan Ketua Polis Negara Noor Rashid Ibrahim.

Beliau berkata polis juga akan menentukan apa jenis maklumat yang telah disebarkan oleh pengaturcara itu, Azharuddin Othman, sebelum mengambil tindakan lanjut.

Khamis lalu, Azharuddin membuat akuan bersumpah mendakwa dia telah ditipu berhubung jualan 900,000 nama daripada pangkalan data untuk digunakan dalam Deklarasi Rakyat bagi meningkatkan bilangan penyokong.

Azharuddin, 30, mendakwa beliau telah dihubungi seorang individu dikenali sebagai Ratu Naga pada 27 April, yang menjanjikan kepadanya RM5,000 sebagai balasan.

Beliau berkata pangkalan data itu telah disediakan kepada semua parti politik pada pilihan raya umum ke-13 dan mengandungi butir-butir seperti nama penuh dan nombor MyKad.

Bagaimanapun, pengaturcara itu, yang berasal dari Terengganu, mendakwa beliau hanya menerima RM1,000 daripada jumlah yang dijanjikan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS