Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Kes bos Naza didakwa pukul isteri disebut semula Ogos depan

Sebutan semula kes melibatkan ahli perniagaan terkenal, Datuk SM Faizal SM Nasimuddin yang didakwa memukul isterinya akan dibuat pada 2 Ogos depan.

Tarikh itu ditetapkan oleh hakim, Ahmad Solihin Abdul Wahid.

SM Faizal, 37, didakwa memukul isterinya, Datin Emilia Hanafi pada 22 November 2015 di kediaman mereka di Desa Sri Hartamas.

Ketika kejadian, Emilia yang juga berusia 37 tahun, masih lagi menjadi isteri kepada SM Faizal.

Namun, pasangan itu kini dipercayai telah bercerai pada bulan Mac yang lalu dan memiliki 3 cahaya mata.

SM Faizal didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 326A di bawah kanun yang sama iaitu jika disabit kesalahan boleh dihukum penjara dua tahun atau denda RM4,000 atau kedua-duanya sekali.

SM Faizal yang merupakan anak sulung kepada pengasas dan pengerusi Kumpulan Naza, Allahyarham Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin diwakili peguam Datuk Akbardeen Abdul Kadir.

Manakala, Emilia diwakili peguam Mohamed Haniff Khatri Abdullah.

Pada masa ini, SM Faisal memegang jawatan Pengerusi Eksekutif Naza World Group of Companies.

SM Faisal bersama-sama ahli keluarga yang lain kini menguruskan perniagaan yang ditinggalkan oleh arwah ayahanda.

Lihat Komen
ADS