Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
PAS keseorangan perlu sokongan Najib, dakwa Mahathir

PRK SG BESAR Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa PAS cuba melamar Umno kerana ia memerlukan sokongan selepas ditinggalkan keseorangan.

Itulah sebabnya, tambah beliau, mereka mahukan sokongan khususnya dari (Presiden Umno) Datuk Seri Najib Razak.

Beliau mendakwa PAS tidak akan mengkritik Najib kerana sebagai sebuah parti yang keseorangan tanpa ada sokongan, ia perlu mendapatkan bantuan Najib.

"Bantuan dalam bentuk apa, saya tak tahu," kata Dr Mahathir dalam sidang media selepas menyampaikan ucaptama di forum anjuran DAP di Sekinchan.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada beliau akan menyokong calon PAS di PRK Sungai Besar, Dr Abdul Rani Osman jika ADUN Meru itu menyokong Deklarasi Rakyat bagi menggesa pengunduran Najib.

Mahathir sebelum ini menyatakan sokongan beliau untuk calon AMANAH, Azhar Abdul Shukur yang menandatangani Deklarasi Rakyat itu hari ini.

Menurut Mahathir lagi pilihan raya kecil itu adalah satu referendum.

Menurutnya, ia adalah satu langkah untuk menunjukkan kepada Najib bahawa rakyat telah menolaknya.

Mahathir mendakwa, mereka yang menyokong Najib sama ada tidak tahu apa yang berlaku, atau mereka ada ;dedak' dalam mulut mereka.

Dedak adalah satu metafora mengenai obligasi kepada orang yang memberi mereka makan.

Kempen PAS di PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar telah dibayangi oleh dakwaan kerjasama pada masa depan dengan Umno, walaupun ia berulangkali dinafikan oleh pemimpin tertinggi parti itu.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS