Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Jakim: Mi Ramyeon Korea halal, tiada DNA babi
Diterbitkan:  Jun 13, 2016 6:07 PM
Dikemaskini: 10:11 AM

Mi segera Ramyeon daripada Korea mempunyai tidak mempunyai bahan meragukan dan mempunyai sijil halal Persekutuan Muslim Korea (KMF), menurut Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Kenyataan bahagian hab halal jabatan itu menjelaskan pengeluarnya patuh terhadap piawaian ditetapkan, malah pemantauan berkala turut dilaksanakan.

“Kenyataan ini diperkukuhkan lagi, turut disokong dengan hasil laporan analisis Jabatan Kimia Malaysia yang mana tiada DNA babi dikesan pada produk tersebut,” katanya.

KMF satu-satunya badan pensijilan halal Korea yang diiktiraf Jakim.

Jakim juga menasihatkan pengguna supaya tidak menyebarkan maklumat palsu berkaitan status makanan segera itu – yang turut viral dan “menerjah” akaun hab halal Jakim.

Maklumat palsu itu antaranya mendakwa terdapat kesan babi dalam produk itu.

Lihat Komen
ADS