Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Komedi 'Wan MDB' dan 'Sex in the Siti'
Diterbitkan:  Jun 14, 2016 9:12 AM
Dikemaskini: 1:15 AM

Sebuah komedi yang memaparkan pelawak Allan Perera melakonkan watak sebagai Encik Wan MDB dan juga watak transgender ‘Sex in the Siti’akan dipentaskan mulai esok.

Pementasan komedi yang mempersendakan perkembangan ehwal semasa negara bermula dari kebangkitan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam arena politik yang dilihat dari kaca mata Wan MDB.

Dalam pementasan itu, Wan MDB digambarkan sebagai peminat besar dan pengikut Dr Mahathir dan akan mendendangkan lagu “penghormatan untuk Che Det”.

"Encik Wan Bedek Wan Temberang adalah Wan MDB," kata Allan, sambil menambah, "Ia adalah satu skandal jika terlepas menyaksikan pementasan ini!"

Allan yang melakonkan watak transgender Siti akan memaparkan bagaimana dirinya menggunakan ilusi jantina untuk melepaskan diri tanpa disedari ketika serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Pementasan komedi itu juga akan menyentuh mengenai isu hudud dan larangan ke atas wakil rakyat pembangkang daripda ke Sarawak semasa pilihan raya negeri Mei lalu.

Pelakon lain yang akan menjayakan pementasan itu termasuk Elvis Tan dan Basha Abdul Malik, seorang warga Bangladesh di Malaysia yang kedua-dua mereka terbabit dengan lakonan ‘Malaysia Got Scandal’ musim pertama.

Tiga persembahan dijadualkan bermula jam 9 malam bermula esok, 15 Jun hingga Jumaat dan tiket dijual pada harga RM75, RM55, RM35.

Acara ini akan diadakan di PJ Live Arts @ Jaya One.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS