Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
IPIC heret 1MDB, k'jaan ke timbang tara London tuntut AS$6.5b
Diterbitkan:  Jun 14, 2016 5:00 PM
Dikemaskini: 9:29 AM

International Petroleum Investment Company (IPIC) dan anak syarikatnya, Aabar Investments PJS (Aabar) telah mengemukakan permintaan timbang tara (RFA) kepada Mahkamah Timbangtara Antarabangsa London berhubung tuntutannya melibatkan lebih AS$6.5 bilion daripada 1MDB dan kerajaan Malaysia menerusi Kementerian Kewangan Diperbadankan (MOF).

"RFA prihatin terhadap kegagalan 1MDB dan MOF untuk menjalankan obligasi kontrak di bawah Lembaran Terma Terikat (BTS) seperti yang dinyatakan dalam pengumuman IPIC GMTN Limited pada 10 Jun 015 (RNS Nombor 7064P)," kata IPIC dalam kenyataan yang dihantar kepada Bursa Saham London, hari ini.

IPIC menyatakan bahawa kegagalan 1MDB dan MOF dalam menjalankan tanggungjawab mereka, melangsaikan tunggakan atau mengemukakan cadangan yang boleh diterima telah menyebabkan IPIC tiada pilihan alternatif selain meneruskan tuntutan berjumlah AS$6.5 bilion menerusi timbang tara.

"Tuntutan itu akan ditentukan oleh tribunal timbang tara yang akan terdiri daripada tiga orang penimbangtara menurut Lembaran Terma Terikat dan peraturan-peraturan LCIA ," kata IPIC dalam kenyataan itu.

Sementara itu, Bernama melaporkan, lembaga pengarah baharu 1MDB akan mengadakan mesyuarat pertamanya pada Khamis ini.

Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah mempengerusikan lembaga pengarah dengan tiga anggota itu.

Ahli yang lain adalah Setiausaha Sulit Kanan kepada Ketua Setiausaha Negara, Datuk Norazman Ayob dan Ketua Pegawai Operasi Prokhas Sdn Bhd, Datuk Kamal Mohd Ali.

Mohd Irwan berkata Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB Arul Kanda, akan memberi taklimat kepada ahli mengenai perkara berkaitan dana pelaburan strategik itu.

"Kami akan teruskan dari situ," katanya kepada pemberita semasa ditanya mengenai perkembangan terkini berhubung 1MDB selepas melancarkan 'The National Code Challenge' di Kementerian Kewangan di sini hari ini.

Lembaga Pengarah baharu itu diumumkan oleh Kementerian Kewangan pada bulan lepas, selepas ahlinya sebelum ini secara rasmi meletak jawatan.

Mohd Irwan berkata mesyuarat tersebut akan membincangkan idea bagi pelaksanaan pelan rasionalisasi 1MDB dan cadangan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Mengulas mengenai langkah rasionalisasi, Mohd Irwan berkata lembaga pengarah itu akan meneliti liabiliti dan aset 1MDB sebagai sebahagian daripada proses.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS