Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Kajian: 47% belia Sg Besar tolak Najib, tapi 30% sokong BN
Diterbitkan:  Jun 15, 2016 4:03 PM
Dikemaskini: 8:07 AM

Kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak atau Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bukan sebab untuk mengekalkan BN, kata kira-kira separuh daripada golongan belia ketika tinjauan di kerusi parlimen di Sungai Besar.

Sejumlah 47.4 peratus menjawab 'tidak' ketika ditanya sama ada BN perlu dikekalkan di Sungai Besar kerana kepimpinan Najib.

Begitu juga, 44.7 peratus menjawab dalam negatif ketika ditanya sama ada BN sepatutnya menang di Sungai Besar kerana kejayaan BN memberi BR1M untuk membela nasib rakyat.

Tinjauan itu dilakukan oleh firma penyelidikan Institut Darul Ehsan (IDE) ke atas 522 pengundi dengan 190 berumur antara 21 hingga 40 tahun.

“Rata-rata berpendapat keupayaan untuk memberi subsidi tidak seharusnya dipolitikkan. Sebaliknya menjadi tanggungjawab kepada sesiapa sahaja yang menjadi pimpinan sesebuah
negara.

“Pelbagai isu negatif yang melibatkan kepimpinan Najib telah mempengaruhi persepsi
golongan orang muda sehingga mengurangkan kredibiliti presiden Umno itu di mata orang
muda,” kata Kluster Penyelidikan IDE dalam satu kenyataan media.

IDE adalah institut yang dibiayai oleh kerajaan negeri Selangor.

Keputusan juga menunjukkan bahawa BN mendapat sokongan kira-kira satu pertiga daripada responden.

Sejumlah 30 peratus berkata BN sepatutnya menang di Sungai Besar kerana Najib manakala 37.4 peratus menyatakan bahawa BN seharusnya berjaya kerana BR1M.

Baki yang ditinjau tidak pasti sama ada Najib atau BR1M adalah alasan mengapa BN seharusnya menang di Sungai Besar.

Calon BN Budiman Mohd Zohdi menghadapi calon PAS Dr Rani Osman dan calon Parti Amanah Negara Azhar Abdul Shukur pada pilihan raya yang berlangsung Sabtu ini.

Kawasan Parlimen dimenangi calon BN Tan Sri Noriah Kasnon dengan kurang daripada satu peratus daripada jumlah undi pada pilihan raya umum lalu.

Allahyarham Noriah meninggal dunia dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lalu ketika berkempen pada pilihan raya negeri.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS