Paling Popular
Terkini

Pemimpin veteran Umno Shukur Siraj gembira bahawa anaknya yang menyertai Parti Amanah Negara (AMANAH), Azhar akan bertanding di kerusi Parlimen Sungai Besar dan mahukan beliau berdepan dengan PAS.

“Saya suka dia bertanding, (dia boleh) potong kepala PAS,” kata Shukur secara berseloroh sambil berbual dengan ketua pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Lelaki berusi 81 tahun itu yang terlantar katil kelihatan lebih bertenaga berbanding lawatan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada Sabtu lalu.

Dalam perbualan dengan Wan Azizah, Shukur berkata PAS tidak memahami bahawa mereka tidak boleh berjaya tanpa sokongan DAP atau PKR.

“PAS ini, dia harapkan DAP dengan PKR (sahaja). Kalau DAP dan PKR tak sokong dia, dia habis (tetapi) dia tak faham,” katanya.

Beliau juga menyifatkan perkembangan politik hari ini sebagai "celaru".

Shukur turut mengucapkan terima kasih kepada Wan Azizah kerana menyokong anaknya dalam kempen itu.

Azhar sebelum ini berkata, bapanya menyokong penuh keputusan untuk bertanding walaupun masih menjadi ahli Umno.

Ketika kemuncak kerjaya politiknya, Shukur pernah menjadi ahli parlimen Tanjong Karang selama sepenggal dan ADUN Sungai Burung selama dua penggal.

Lihat Komen
ADS