Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Chickaboo burung unta lebuh raya Persekutuan ditangkap
Diterbitkan:  Jun 16, 2016 6:47 PM
Dikemaskini: Jun 17, 2016 8:15 AM

Chickaboo, burung unta yang mencuri perhatian selepas ditemui berlari di Lebuh Raya Persekutuan, Kuala Lumpur hari ini, telah ditangkap dan dibawa balik ke ladang di Semenyih.

Seorang saksi yang hanya mahu dikenali sebagai Dr Rathimalar berkata binatang itu melompat dari kenderaan ketika melalui depan Universiti Malaya.

Ia bagaimanapun kemudian berlari ke arah lebuh raya kira-kira jam 3 petang.

“Kami cuba hadang dengan kereta kerana tidak mahu langgar dan pemiliknya pusing beberapa kali mencarinya,” katanya kepada Malaysiakini.

Rathimalar berkata mereka juga menelefon Jabatan Pertahanan Awam tetapi pasukan itu gagal tiba pada masanya.

Burung unta itu berjaya dikepung dan ditangkap sekitar jam 4.15 petang, sebelum diambil oleh pemiliknya yang memperkenalkan diri sebagai Agus.

Ketika dihubungi, ladang Ostrich Wonderland and Showfarm mengesahkan burung unta itu selamat.

Bagaimanapun, ia bukan milik mereka tetapi ladang berdekatan.

Kakitangan ladang itu juga berkata Chickaboo tidak akan berakhir di dalam pinggan kerana ia tidak dibela untuk dijadikan makanan.

Lihat Komen
ADS