Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Siapa kata satu lawan satu 'ramuan ajaib' kalahkan BN - Kit Siang
Diterbitkan:  Jun 22, 2016 8:54 PM
Dikemaskini: 12:58 PM

Pembangkang bernasib baik kerana pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar bukan pertandingan satu lawan satu antara BN dan PAS, menurut pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang.

Jika itu berlaku, BN berkemungkinan akan menang dengan satu majoriti yang begitu besar dengan lebih 16,000 di Sungai Besar dan lebih 11,000 di Kuala Kangsar, sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

"Semasa berkempen pada pilihan raya kecil itu, saya meramalkan PAS akan kalah dengan 10,000 undi di Sungai Besar dan 5,000 undi di Kuala Kangsar berbanding dengan keputusan pilihan raya umum 2013.

"Dan, PAS kalah dengan 11,394 undi di Sungai Besar dan 7,452 undi berbanding dengan undi yang diperoleh oleh calon PAS semasa pilihan raya umum 2013 .

"Jika pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar menjadi pertembungan satu lawan satu antara BN dan PAS, undi BN di Sungai Besar boleh meningkat dari 9191 undi kepada lebih 16,000 undi dan di Kuala Kangsar pula, dari 6969 undi kepada lebih 11,000 undi.

"Ini kerana kira-kira 80 peratus pengundi yang mengundi calon-calon Amanah dalam pilihan raya kecil berkembar itu tidak akan mengundi PAS dan dasar-dasarnya selepas perpecahan Pakatan Rakyat, dan sebaliknya, membuka peluang kepada pujukan untuk mengundi BN," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Keadaan tersebut, tambah beliau, pastinya memberikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak alasan yang kukuh untuk mendakwa kepimpinan beliau, kemelut 1MDB RM55 bilion dan skandal 'derma' RM4.2 bilion bukan sahaja diterima rakyat malah turut mendapat keberkatan Ilahi.

Beliau berkata demikian sebaik sahaja mendapat laporan Naib Presiden PAS, Idris Ahmad menolak mentah-mentah cadangannya untuk PAS menumpukan kepada kerusi-kerusi di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis sahaja dalam pilihan raya umum akan datang.

Sambil menyifatkan cadangan Lim itu sebagai tidak masuk akal, Idris berkata, jika itu berlaku, maka orang boleh katakan DAP hanya berhak untuk bertanding di Pulau Pinang sahaja.

Mengulas lanjut, ahli parlimen Gelang Patah itu menambah, jika melihatkan kepada keputusan dua pilihan raya kecil itu, PAS dijangka kalah dan kehilangan semua kerusinya di Selangor dan Perak seperti yang berlaku pada tahun 2004.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS