Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Ahli ekonomi: Brexit mampu lonjak ringgit kepada RM4 satu pound
Diterbitkan:  Jun 24, 2016 6:43 PM
Dikemaskini: 10:47 AM

Keputusan rakyat Britain keluar dari Kesatuan Eropah (EU) atau Brexit, mampu memanfaatkan ringgit, dengan beberapa
pihak menjangkakan mata wang tempatan itu akan mengukuh kepada RM4 berbanding pound British.

Pada jam 2 petang, ringgit disebut harga pada 5.6249/6503 berbanding pound Sterling, meningkat berbanding 5.9342/9465 pada penutupan Khamis.

Ahli Ekonomi MIDF Research Izzuddin Yussof berkata impak ke atas sektor kewangan hanya minimum jika ekonomi kelima terbesar dunia itu memutuskan untuk kekal dalam EU kerana ia mampu membantu meningkatkan sentimen dan merangsang pasaran kewangan.

Namun katanya ekoran pengunduran United Kingdom daripada blok ekonomi berkenaan, impaknya dijangkakan melampaui pasaran kewangan, dan boleh menjejaskan ekonomi dunia.

"Kejutan dalam pasaran kewangan sangat besar, yang berpotensi memperlahankan eknomo dunia secara menyeluruh.

"Bagi menentukan unjuran sebenar agak sukar memandangkan masih wujud banyak ketidaktentuan, meskipun kami menjangkakan paras terendah (bahawa) Pound Sterling boleh menyusut berbanding ringgit kepada RM4.00 satu pound," katanya kepada Bernama.

Keputusan referendum itu menunjukkan 51.89 peratus daripda pengundi memilih untuk keluar dari EU manakala 48.11 peratus memilih untuk kekal dalam blok ekonomi berkenaan.

Keputusan itu menyaksikan pound British mengalami kejatuhan paling besar dalam tempoh sehari, jatuh lebih 10 peratus berbanding dolar ke paras terendah sejak 1985.

Pound sterling juga diniagakan pada 1.37 sedolar US pada 3.50 petang ini berbanding 1.5 US dolar pada penutupan semalam.

- Bernama

Lihat Komen
ADS