Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Pemilik pub pertikai dakwaan IS dalang di sebalik serangan bom
Diterbitkan:  Jun 28, 2016 8:52 PM
Dikemaskini: Jun 29, 2016 3:13 AM

Seorang anggota kumpulan militan Negara Islam (IS) telah dilaporkan mendakwa kumpulannya bertanggungjawab dalam serangan bom ke atas sebuah pub di IOI Boulevard, Puchong pagi tadi.

Bagaimanapun, pemilik pub berkenaan mempertikaikan dakwaan tersebut dengan mengatakan ia berpunca daripada pergeseran hal peribadi antara dua pelanggannya.

Menurut Sin Chew Daily hari ini, rakyat Malaysia yang berpangkalan di Syria, Abu Hamzah Al-Fateh mengeluarkan kenyataan yang menyebut serangan itu dilakukan oleh dua anggota ahli IS.

Serangan ke atas pub yang dinamakan Movida itu dibuat sebagai membalas dendam kerana tidak menghormati bulan suci Ramadhan, menurut laporan tersebut.

Abu Hamzah menggesa umat Islam di negara ini agar tidak terjebak dalam aktiviti tidak bermoral bagi mengelakkan menjadi sasaran.

Bagaimanapun, laporan itu menyebut, pihak polis masih mengesahkan dakwaan Abu Hamzah itu.

Abu Hamzah atau nama sebenarnya Muhamad Wanndy Muhamad Jedi, sebelum ini dikenal pasti sebagai antara rakyat Malaysia yang merakamkan video penyembelihan kepala individu yang dituduh menjadi perisik oleh IS.

Namun begitu, pemilik Movida, Roger Hew melihat dari perspektif yang berbza mengenai perkara itu.

Beliau berkata, siasatan awal menunjukkan kejadian itu melibatkan dua pelanggan, pasangan India yang menjadi sasaran kerana hal-hal peribadi.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS