Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Leo Burnett keluar surat tuntutan pada pembikin filem
Diterbitkan:  Jun 29, 2016 6:07 PM
Dikemaskini: 10:14 AM

Agensi pengiklanan Leo Burnett Malaysia mengeluarkan surat tuntutan kepada pembikin filem Tan Chui Mui dan penerbit Da Huang Pictures.

Ini berikutan dakwaan Tan bahawa agensi itu menciplak kerja pasukannya untuk iklan TV Petronas bertajuk 'Rubber Boy'.

Agensi itu berkata, surat itu adalah untuk memberi Tan dan firma itu peluang menarik balik kenyataan "tidak berasas" di media sosial berhubung perkara itu.

"Leo Burnett menegaskan bahawa unsur-unsur utama termasuk mesej, watak-watak, keadaan di estet getah dan emosi, adalah sebahagian skrip agensi itu, yang dikongsi dengan tiga pengarah pada tahun 2014, termasuk (pengarah dari) Da Huang.

"Nampaknya ada niat untuk menyebabkan kerosakan kepada reputasi Leo Burnett dan pelanggannya melalui posting media sosial, yang telah dikongsi dan kemudiannya dikutip oleh media arus perdana," kata agensi itu dalam satu kenyataan.

Leo Burnett berkata ia telah menjelaskan kepada pasukan Da Huang Pictures bahawa 'Rubber Boy' mempunyai "jalan cerita yang berbeza" daripada konsep dipilih oleh pasukan itu pada tahun 2014.

Pengarah kreatif agensi James Yap sebelum ini berkata 'Rubber Boy' adalah sebenarnya berdasarkan "cerita keluarga" beliau.

[Baca cerita penuh]

Lihat Komen
ADS