Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

Mahkamah Majistret di Kuala Lumpur hari ini membebaskan Bilqis Hijjas atas tuduhan kelakuan menghina dengan melepaskan belon kuning pada majlis yang dihadiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Rosmah Mansor pada Ogos tahun lepas .

Majistret Mohd Faizal Ismail berkata, pihak pendakwa gagal mengemukakan bukti mencukupi bagi pertuduhan tersebut di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil.

"Kami sangat gembira dengan keputusan penghakiman ini. Dari awal, kes ini telah dibesar-besarkan di luar," kata peguam Bilqis, Eric Paulsen kepada pemberita.

Seorang penari, Bilqis, 35 adalah anak kepada Hijjas Kasturi yang merupakan jurutera terkenal.

Pada Hari Merdeka 31 Ogos 2015, tujuh belon kuning dilepaskan di pusat membeli belah Pavilion di ibu negara dalam acara dihadiri Najib bersama Rosmah.

Ia dilepaskan ketika Najib menonton persembahan tarian pembukaan acara DiverseCity 2015: Festival Kesenian Antarabangsa Kuala Lumpur.

Belon yang dilepaskan itu antaranya tertulis perkataan "democracy", "justice", "free media" yang kemudian dipecahkan oleh pengawal keselamatan.

Najib dan Rosmah tidak menunjukkan sebarang reaksi kerana tidak menyedari insiden itu berlaku.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS