Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
'Mungkin P Pinang kekal di tangan DAP, tapi tak ke Putrajaya'

Pendakwaan ke atas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng semalam tidak hanya menjebakkan DAP ke kancah krisis politik malah turut memberi kesan kepada pembangkang dalam pilihan raya umum akan datang.

Ini kerana, Setiausaha Agung DAP itu, berdepan risiko hilang kelayakan sebagai ketua menteri dan ahli dewan undangan negeri serta tidak dapat memimpin parti itu dalam pilihan raya akan datang jika beliau disabitkan dengan kesalahan itu, ujar beberapa penganalisis politik kepada Malaysiakini.

Ia akan menambah kesulitan buat pembangkang berikutan perpecahan dalam Pakatan Rakyat pada tahun lepas serta pemenjaraan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata mereka.

"Jika Guan Eng tidak boleh bertanding dalam pilihan raya selama lima tahun, ia secara langsung akan memberi kesan kepada beliau dan partinya kerana tidak boleh memegang jawatan dalam kerajaan mahupun parti," kata pengulas politik, Tang Ah Chai.

DAP perlu melakukan peralihan kepimpinan dan penyusunan semula kuasa lebih awal daripada perancangan yang boleh dianggap satu tamparan berat untuk parti kerana Lim adalah pemimpin berkarisma, katanya.

"Anda hanya akan berasa rugi dalam parti dan pembangkang setelah pemimpin itu tiada lagi. Sama seperti Anwar, kita hanya sedar beliau  boleh menyatukan pembangkang selepas beliau dipenjarakan," ujarnya.

Tetapi, tambahnya, ia bukan suatu 'kerugian sepenuhnya' buat pembangkang kerana rakyat menilai Peguam Negara dan pelakuan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semasa proses perbicaraan.

"Rakyat masih berada ragu mengenai tiada tindakan ke atas kes RM2.6 bilion, tetapi (pihak berkuasa) bertindak pantas ke atas kes ini," katanya sambil merujuk kepada dana yang disalurkan kepada akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Ini mungkin boleh meraih undi simpati kepada pembangkang dalam pilihan raya akan datang, kata beliau.

Tambahnya, Pakatan Harapan mungkin masih boleh mengekalkan Pulau Pinang pada pilihan raya akan datang, walaupun beliau agak pesimis mengenai peluang ke Putrajaya memandangkan kemungkinan pertembungan pelbagai penjuru.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS