Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Nga nafi muat naik kartun dedak
Diterbitkan:  Jul 10, 2016 2:28 PM
Dikemaskini: 6:56 AM

Ahli Parlimen Taiping Nga Kor Ming menafikan dia mengepos imej mengenai "dedak" dalam akaun Facebook, sebaliknya mendakwa dia menjadi mangsa cybertrooper.

"Saya menghormati Islam sebagai agama persekutuan. Saya berazam untuk menegakkan prinsip-prinsip yang termaktub dalam perlembagaan persekutuan kita sebagai ahli Parlimen," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar semalam berkata polis sedang menyiasat Nga di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Akta Hasutan 1948, selepas menerima beberapa laporan polis mengenai kemas kini Facebooknya.

Pada 6 Julai lalu, Nga didakwa menyiarkan karikatur kanak-kanak dan tetamu menerima sumbangan duit raya dan menyamakannnya sebagai rasuah dan "dedak".

Menurut MP itu dia menjadi mangsa cybertrooper tertentu yang terlibat dalam kempen memburuk-burukkan DAP.

Nga menafikan bahawa beliau pernah memuat naik lakaran berkenaan pada akaun Facebook, manakala carian Malaysiakini pula mendapati tidak ada posting tersebut.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS