Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
DAP terima penjelasan Nga, tak akan ambil tindakan

DAP tidak akan melakukan siasatan ke atas Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming setelah menerima penafian bahawa beliau tidak membuat kenyataan sensitif di Facebook.

"Kami menerima penjelasan beliau bahawa beliau telah menafikan (membuat posting Facebook)," kata Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke kepada pemberita di luar Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju hari ini.

Loke berkata, laporan polis telah dibuat terhadap Nga dan pihak berkuasa itu bebas untuk menyiasat ahli parlimen tersebut.

Terdahulu, ahli parlimen Seremban itu dan beberapa pemimpin DAP membuat laporan polis berhubung demonstrasi yang diadakan di ibu pejabat parti itu semalam.

Peserta himpunan terbabit mendakwa Nga tidak menghormati Islam dalam ucapan Hari Raya Aidilfitri di Facebook, tetapi ahli parlimen itu menafikan membuat posting berkenaan.

Posting itu merujuk satu karikatur kanak-kanak yang menerima duit raya dan menyamakan ia sebagai pemberian 'dedak' atau rasuah.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS