Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Bank Switzerland temui transaksi mencurigakan 1MDB
Diterbitkan:  Jul 14, 2016 6:31 PM
Dikemaskini: 10:59 AM

Kumpulan perbankan Switzerland, UBS AG mendapati beberapa transaksi 'mencurigakan yang dikaitkan dengan 1MDB, kata sumber yang rapat dengan siasatan itu.

Bank berkenaan memberi amaran kepada Penguasa Kewangan Singapura  (MAS) yang mencetuskan  siasatan ke atasnya, kata sumber yang tidak mahu dikenali kepada agensi berita kewangan, Bloomberg.

"Urusniaga ini tidak dengan segera diiktiraf oleh UBS sebagai mencurigakan," lapor Bloomberg.

Sarawak Report, sebelum ini telah mengenal pasti UBS menguruskan akaun Aabar Limited yang didaftarkan di British Virgin Island yang kini didedahkan sebagai tidak ada kaitan  dengan International Petroleum Investment Corporation (IPIC) sehingga menyebabkan pertikaian.

Akaun tersebut menerima sekurang-kurangnya AS$1.24 bilion daripada akaun bank anak syarikat 1MDB, BSI SA di Lugano, Switzerland, memetik laporan Sarawak Report pada 11 Julai yang lalu.

Bloomberg berkata, jurucakap UBS enggan mengulas mengenai perkembangan terbaru ini manakala MAS merujuk kepada kenyataan yang dibuat sebelum ini mengenai kajian semula seliaan institusi kewangan bagi transaksi mencurigakan.

Keadaan ini muncul setelah Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua mempersoalkan sama ada juruaudit Deloitte telah diperdaya ketika menandatangani akaun 1MDB.

Pua menegaskan penyata kewangan 1MDB pada Mac 2014 menunjukkan bahawa jumlah yang ditebus daripada pelaburan di Kepulauan Cayman sebaliknya digunakan sebahagian besarnya untuk tujuan pembayaran faedah hutang, modal dan bayaran kepada Aabar (Investments PJS Ltd atau Aabar BVI) sebagai deposit yang dikembalikan.

Walau bagaimanapun, 1MDB, menerusi anak syarikat milik penuhnya Global Investment Limited (1MDB GIL) telah membuat beberapa pembayaran besar kepada Aabar BVI pada 2014, katanya.

"Mengapa 1MDB GIL membayar Aabar BVI wang berkenaan meskipun tidak ada transaksi, perjanjian perniagaan atau urusan antara kedua-dua entiti itu?

“Mengapa pemindahan dana ini tidak dinyatakan dan dijelaskan semasa keterangan (ketua 1MDB) Arul Kanda kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC)? " soal Pua.

Butir-butir urusniaga tersebut terdapat dalam laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB, kata Sarawak Report, namun ia tidak dapat disahkan secara bebas kerana laporan itu masih diklasifikasikan sebagai sulit di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS