Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Ibu dipercayai bunuh dua anak di Samarahan
Diterbitkan:  Jul 20, 2016 10:16 AM
Dikemaskini: 2:19 AM

Dua kanak-kanak lelaki berusia tujuh dan empat tahun dipercayai dibunuh oleh ibu mereka di Kampung Baru di Kota Samarahan malam tadi.

Ketua Polis Daerah Samarahan, DSP Lee Chong Chern berkata ibu berkenaan yang berusia 37 tahun didapati menggantung diri di dalam tandas di rumah tersebut.

Beliau berkata pihak polis menerima panggilan daripada orang awam memaklumkan mengenai penemuan dua kanak-kanak tersebut dalam keadaan mencurigakan kira-kira jam 7.55 malam.

"Polis menjumpai dua kanak-kanak tersebut di bilik tidur dengan yang berusia tujuh tahun sudah meninggal dunia, manakala yang berusia empat tahun ditemui dalam keadaan kritikal.

"Dia dibawa ke Hospital Jantung, Kota Samarahan sebelum disahkan meninggal dunia," katanya ketika dihubungi pagi ini.

Lee berkata di dalam bilik tidur itu turut ditemukan sejenis cecair peluntur yang disyaki diberikan kepada kanak-kanak berkenaan.

Beliau berkata setakat ini kes tersebut disiasat sebagai mati mengejut.

- Bernama

Lihat Komen
ADS