Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Pua dakwa 'Malaysian Official 1' ialah Najib
Diterbitkan:  Jul 21, 2016 5:02 PM
Dikemaskini: 9:25 AM

Tidak syak lagi bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak adalah individu yang disebut sebagai 'Malaysian Official 1' dalam tuntutan mahkamah sivil Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) yang difailkan semalam, dakwa ahli parlimen Tony Pua hari ini.

"Tidak ada lagi 'official' selain daripada Najib yang telah dibersihkan (salah laku oleh peguam negara)," dakwa setiausaha publisiti kebangsaan DAP pada sidang media di ibu pejabat parti itu hari ini.

Walaupun dokumen mahkamah tidak mengenal pasti Malaysian Official 1, Pua mendakwa ia menggambarkan individu itu sebagai orang yang mempunyai kuasa dalam kerajaan.

'Malaysian Official 1' mempunyai kuasa untuk meluluskan semua pelantikan dan penyingkiran lembaga pengarah 1MDB dan pasukan pengurusan kanan 1MDB, menurut dokumen berkenaan.

Artikel 117 daripada Memorandum dan Artikel (M&A) 1MDB menyatakan bahawa hanya Najib mempunyai kuasa itu, dakwa Pua.

Tambahnya, halaman 75, perenggan 263 dokumen itu menyatakan bahawa Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali telah membersihkan Malaysian Official 1 dalam siasatan ke atas AS$ 681 juta.

Ahli parlimen Petaling Jaya Utara itu menggesa Apandi menjelaskan dakwaan bahawa wang yang disalurkan ke dalam akaun Najib adalah daripada penderma Arab.

Dokumen-dokumen dari DOJ menunjukkan bahawa AS$ 681 juta berasal daripada AS$ 3 bilion bon yang diperoleh 1MDB.

Dari bon itu, AS$ 1.592 bilion telah dialihkan ke dalam akaun milik Tanore Finance Corporation, yang kemudiannya dipam AS$681 juta untuk 'Malaysian Official 1'.

"Di mana penderma Arab seperti yang didakwa oleh Apandi," soal Pua.

"Saya menyeru kepada Apandi untuk mendakwa Najib kerana kecurian besar itu atau dia harus meletakkan jawatan jika dia tidak sanggup berbuat demikian, sementara kita mencari orang lain yang mampu untuk membawa pertuduhan terhadap Malaysian Official 1, yang dengan jelas adalah Najib," dakwanya.

[Baca berita penuh]

 

Lihat Komen
ADS